fb fb fb fb fb

Israel bedil sekolah di Gaza, bunuh lebih 100 orang

Foto AFP

KAHERAH, 10 Ogos-Lebih 100 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih ratusan yang lain cedera selepas Israel menyasarkan serangan terhadap sebuah sekolah di Gaza yang menempatkan para penduduk yang tiada tempat perlindungan, kata Agensi berita rasmi Palestin pada Sabtu.

"Serangan pihak rejim Israel menyasarkan kawasan perlindungan penduduk Palestin ketika mereka sedang melaksanakan sembahyang Subuh.

"Serangan berkenaan menyebabkan peningkatan terhadap jumlah kematian", kata Pejabat media kerajaan Hamas dalam satu kenyataan.

Serangan berkenaan berlaku dua hari selepas serangan Israel terhadap dua sekolah seliaan PBB yang mengorbankan 18 orang penduduk.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD