fb fb fb fb fb

Raja Britain berterima kasih atas ingatan kematian Ratu Ratu Elizabeth II

LONDON, 8 September - Raja Britain, Raja Charles III menzahirkan terima kasih kepada orang ramai atas "kasih sayang dan sokongan" mereka pada ulang tahun pertama kematian bondanya, Ratu Elizabeth II dan ulang tahun pertama pentadbirannya.

Baginda mengulangi ikrarnya untuk berkhidmat kepada rakyat dan negaranya.

Ratu Elizabeth II, raja paling lama memerintah Britain, meninggal dunia ketika usia 96 tahun pada 8 September, di Istana Balmoral setelah menjadi raja paling lama memerintah iaitu 70 tahun.

Charles dan isterinya, Camilla secara rasmi menaiki takhta sebagai Raja Britain pada 6 Mei lalu di Westminster Abbey di London di hadapan para pemimpin dunia.

(FOTO REUTERS)

"Dalam menyambut ulang tahun pertama kematian baginda dan kini bawah pentadbiran saya, kami mengimbau dengan penuh kasih sayang umurnya yang panjang, khidmat bakti dan semua yang baginda maksudkan kepada ramai daripada kita," kata Charles dalam satu kenyataan.

"Saya juga amat berterima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang telah ditunjukkan kepada isteri dan diri saya sepanjang tahun ini kerana kami melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada anda semua."

Kata-kata terakhir itu merupakan kenyataan yang diulangi Elizabeth II sepanjang pemerintahannya.

"Saya tetap komited untuk berkhidmat kepada anda dengan sebaik mungkin," katanya.- REUTERS

Media Baharu