fb fb fb fb fb

Hong Kong dilanda banjir

(Foto AFP)

HONG KONG, 8 September- Kebanyakan daerah di Hong Kong dilanda banjir, awal pagi tadi, menjejaskan lalu lintas dan beberapa perkhidmatan kereta api.

Agensi kaji cuaca melaporkan taburan hujan sebanyak 158.1 mililiter sejak awal malam sehingga tengah malam tadi, yang tertinggi sejak tahun 1884.

Lewat Khamis, pihak berkuasa memaklumkan kebanyakan tempat dinaiki air dan agensi perkhidmatan kecemasan sedang melakukan operasi menyelamat.

Namun, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.

"Hujan lebat akan membawa banjir kilat. Penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai harus berwaspada dengan keadaan cuaca dan perlu berpindah segera jika rumah mereka dinaiki air," tambahnya.

Sementara itu, kereta api Transit Massa di bandar itu mengumumkan akan menangguh sebahagian perkhidmatan di salah satu laluannya selepas sebuah stesen di daerah Wong Tai Sin dinaiki air, dengan sebahagian lagi stesen turut terjejas.

Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan kereta api MTR tidak berhenti di stesen Wong Tai Sin, susulan dinaiki air banjir di platformnya.

Klip video lain turut menunjukkan kereta dan bas dilihat separuh tenggelam di jalan utama.

Hujan lebat juga dilaporkan di hab teknologi China yang berdekatan di Shenzhen.-AFP

(Keadaan jalan raya yang dinaiki air di Hong Kong pada 8 September 2023/Foto AFP)

Media Baharu