fb fb fb fb fb

Hari Kemerdekaan Brazil: Bangunan Empire State disinari lampu

NEW YORK, 8 September - Bangunan ikonik Empire State di sini, dihiasi dengan cahaya lampu bewarna hijau, kuning dan biru sebagai menandakan Hari Kemerdekaan Brazil.

7 September dikenali sebagai 'Sete de Setembro' di Brazil, merupakan cuti kebangsaan bagi meraikan pengisytiharan kemerdekaan Brazil dari United Kingdom Portugal, Brazil dan Algarves pada tahun 1822.

Menurut Empire State Building, bangunan itu menggunakan sistem pencahayaan LED dengan lebih daripada 16 juta warna sejak tahun 2012 bagi meraikan majlis penting. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu