fb fb fb fb fb

Korea Utara miliki kapal selam serangan nuklear taktikal

(Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un/Foto Reuters)

SEOUL, 8 September- Korea Utara pada Jumaat mengumumkan memiliki sebuah kapal selam serangan nuklear taktikal, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan pasukan tentera lautnya.

Kapal selam No. 841, yang dinamakan 'Hero Kim Kun Ok' dilancarkan pemimpin negara berkenaan, Kim Jong Un.

Laporan agensi berita KCNA merujuk kenyataan Kim memberitahu kapal selam itu akan melaksanakan misi tempur sebagai salah satu cara serangan bawah air pasukan tentera lautnya.

Sementara itu, Korea Utara dilapor telah menjalankan sejumlah rekod ujian senjata tahun ini dan bulan lalu, gagal dalam percubaan kedua untuk meletakkan satelit pengintip ke orbit.

Seoul dan Washington telah meningkatkan kerjasama pertahanan sebagai tindak balas, mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan jet siluman canggih dan aset strategik Amerika Syarikat.-AFP

(Pelancaran kapal selam yang dinamakan 'Hero Kim Kun Ok'/Foto Reuters)

Media Baharu