fb fb fb fb fb

Banjir di Greece, enam maut

ATHENS, 8 September - Sekurang-kurangnya enam orang maut dan lebih enam masih hilang selepas ribut Daniel melanda Greece, pada Khamis.

Kejadian itu mengakibatkan tanah runtuh, memusnahkan jalan dan jambatan serta menghanyutkan berpuluh-puluh kereta.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis menangguhkan ucapan ekonomi tahunan yang dijadual berlangsung pada hujung minggu ini.

Beliau sebaliknya akan melawat kawasan yang dilanda hujan lebat sejak Isnin, yang menyebabkan banyak kediaman dan infrastruktur utama musnah.

"Keutamaan mutlak mekanisme negara sekarang ialah menyelamat dan memindahkan orang ramai dari kawasan yang terjejas," kata jurucakap kerajaan Pavlos Marinakis.

"Negara kita berdepan untuk hari ketiga fenomena yang tidak seperti yang pernah kita lihat pada masa lalu," kata Marinakis, sebelum mengumumkan bahawa ucapan dasar ekonomi utama pemimpin yang dipilih semula baru-baru ini akan diadakan pada pertengahan minggu depan, bukannya Sabtu .

(FOTO REUTERS)

Bandar pelabuhan tanah besar Volos, kawasan pergunungan Pelion dan bandar Karditsa serta Trikala adalah antara kawasan paling teruk terjejas.

Hujan lebat, yang berlaku beberapa hari selepas kebakaran hutan adalah situasi paling teruk direkodkan yang telah menenggelamkan banyak kampung di kawasan rendah Karditsa, di tanah besar dataran Thessaly.

Menteri Perlindungan Awam, Vassilis Kikilias memaklumkan, enam orang dilaporkan hilang di kawasan Karditsa.

Pasukan bomba berkata mayat dua wanita warga emas ditemui di sebuah rumah di komuniti Astritsa berhampiran Karditsa pada Khamis.

Manakala mayat seorang lelaki telah ditemui di bandar Domokos awal hari ini. - REUTERS

Media Baharu