fb fb fb fb fb

Hutan di Bolivia terbakar

(Foto Reuters)

SAN JOSE DE CHIQUITO, 8 September- Lebih 5,000 hektar hutan dilaporkan terbakar di Bolivia, pada Rabu, dengan pasukan bomba bertungkus lumus memadam kebakaran.

Rakaman dron menunjukkan api marak dan memusnahkan sebahagian besar kawasan perlindungan Nembi Guasu.

Nembi Guasu merupakan salah satu daripada tiga kebakaran aktif yang memusnahkan kawasan Santa Cruz.

"Kami memadamkan sebahagian daripada kebakaran...tetapi kemudian muncul kebakaran baharu di bahagian lain.

"Kita bimbang dengan keadaan masyarakat petani susulan kebakaran yang berlaku. Pengendalian kebakaran yang baik dapat mengelakkan sebarang masalah di zon ini," menurut pegawai pemerintah San Jose De Chiquito, Israel Rivera.

Dalam pada itu, helikopter juga telah dikerah untuk membantu anggota bomba dan pihak berkuasa di darat.-REUTERS

(Foto Reuters)

Media Baharu