fb fb fb fb fb

Wanita ditangkap cuba seludup 16 ekor cicak hidup dalam coli

(FOTO REUTERS)

BEIJING, 8 September- Ejen kastam telah merampas 16 cicak hidup yang disembunyikan di dalam coli penumpang wanita.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dipercayai cuba menyeludup reptilia itu ke negara jiran Hong Kong apabila dia ditangkap disempadan tanah besar China.

Semasa rutin pemeriksaan kastam di Pelabuhan Futian, eje kastam perasan pakaian wanita tersebut sangat longgar dan mengesyaki sesuatu sebelum mengarahkannya menjalani pemeriksaan berjalur.

Apabila diarahkan untuk membuka pakaian, ejen kastam menemui lima beg berjaring diletakkan di dalam colinya mengandungi 16 cicak bersirip layar yang jarang ditemui.

Rakaman video daripada jabatan kastam menunjukkan ejen mengeluarkan reptilia itu dari beg dan meletakkannya di dalam bekas plastik besar sementara menunggu untuk diambil oleh pakar hidupan liar.

Cicak sirip layar (Hydrosaurus amboinensis), atau naga sirip layar, ialah reptilia besar seperti iguana yang dinamakan sempena struktur seperti layar pada ekornya.

Berasal dari Indonesia dan Filipina, haiwan itu biasanya ditemui hidup berhampiran air.

Spesiesnya kini diisytihar terancam berikutan perdagangan haiwan peliharaan eksotik. -REUTERS


(FOTO REUTERS)


(FOTO REUTERS)

Media Baharu