fb fb fb fb fb

10 orang terbunuh kebocoran gas di utara China

(Foto Hiasan)

BEIJING, 8 September- Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh, manakala tiga lagi cedera dalam kejadian kebocoran gas di utara China.

Menurut media kerajaan, kejadian berlaku pada Khamis kira-kira pukul 3.40 petang di sebuah syarikat bahan kimia di Ordos, wilayah Mongolia Dalam.

"Kebocoran gas dengan tekanan tinggi meletus menyebabkan pekerja yang sedang bekerja di tempat tinggi terjatuh," lapor penyiar CCTV.

Kemalangan industri kerap berlaku di China, berikutan protokol keselamatan yang longgar, terutamanya di tapak yang lebih asas.

Pada Februari lalu, keruntuhan sebahagian lombong arang batu di Mongolia Dalam telah mengorbankan 53 orang.-AFP

(Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh, manakala tiga lagi
cedera dalam kejadian kebocoran gas di utara China/Foto Hiasan)

Media Baharu