fb fb fb fb fb

17 ditahan kerana pemerdagangan manusia di Cuba

HAVANA, 8 September - Pihak berkuasa Cuba menahan 17 orang atas tuduhan berkaitan kumpulan penyeludup manusia.

Mereka didakwa memikat lelaki muda Cuba untuk berkhidmat dengan tentera Rusia.

Cuba awal minggu ini mendedahkan pihak berkuasa sedang berusaha untuk menyelesaikan dan membongkar rangkaian jenayah itu, yang dikatakan beroperasi di Cuba dan Rusia.

Kolonel Kementerian Dalam Negeri Cuba, Cesar Rodríguez tidak memaklumkan ketua kumpulan itu menggunakan dua ahlinya yang tinggal di pulau itu untuk merekrut rakyat Cuba berjuang bagi pihak Rusia dalam Ukraine.

Pendakwa raya Jose Luis Reyes berkata mereka yang disabit kesalahan, boleh dipenjara hingga 30 tahun, hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, bergantung kepada tahap kesalahan dan jenayah mereka.

Cuba bmenyatakan bahawa pihaknya tidak terlibat dalam perang di Ukraine, dan kerajaannya berkata dalam satu kenyataan Isnin,"Cuba mempunyai kedudukan sejarah yang kukuh dan jelas terhadap penggunaan tentera upahan." - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu