fb fb fb fb fb

Fasa pertama pelepasan air radioaktif Fukushima tamat pada Isnin

(Foto fail Reuters)

TOKYO, 8 September- Fasa pertama pelepasan air sisa radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima yang telah menimbulkan kemarahan China akan berakhir, pada Isnin, seperti dirancang.

Pengendali loji nuklear berkenaan, TEPCO dalam kenyataan menyebut tahap tritium radioaktif dalam sampel air laut yang diuji berhampiran loji di timur laut Jepun berada dalam had selamat.

Jepun pada 24 Ogos lalu mula melepaskan air sisa radioaktif terawat ke Pasifik; sebahagian daripada 1.34 juta tan air buangan yang terkumpul sejak tsunami melumpuhkan kemudahan itu pada 2011.

Jepun menegaskan bahawa pelepasan itu selamat, pandangan yang disokong oleh agensi atom PBB; namun China mengharamkan semua import makanan laut dari jirannya.

Ketika mengumumkan tamatnya fasa pertama pelepasan 7,800 tan air pada 11 September (Isnin), TEPCO bagaimanapun tidak memberikan tarikh untuk permulaan pelepasan kedua.

"Selepas selesai pelepasan pertama, kami akan menjalankan pemeriksaan (keseluruhan)... kemudahan pencairan/pelepasan air dan menyemak rekod operasi daripada pelepasan pertama," katanya.

Kenyataan itu menambah "penggera kebocoran" kedengaran pada hari Rabu di saluran pemindahan air sisa, tetapi tiada kebocoran dikesan.

Kakitangan "dengan pantas menjalankan pemeriksaan di lapangan mengikut prosedur pemeriksaan keselamatan dan disahkan tiada kebocoran...air terawat," menurut kenyataan itu.-AFP

(Pemandangan udara Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi/Foto fail Reuters)

Media Baharu