fb fb fb fb fb

India tingkat keselamatan, pemimpin mula tiba untuk Sidang Kemuncak G20

(Foto Reuters)

NEW DELHI, 8 September- India mempertingkat kawalan keselamatan di New Delhi pada Jumaat ketika pemimpin negara Kumpulan 20 (G20) mula tiba untuk sidang kemuncak hujung minggu ini di ibu negara itu.

Sidang kemuncak dua hari bermula Sabtu (9 September) akan menyaksikan pemimpin negara Kumpulan 20, termasuk Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak dan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkumpul di New Delhi.

Ia bagi perbincangan yang bertujuan meningkatkan keselamatan makanan, tindakan iklim dan pelepasan hutang untuk negara miskin.

Dalam pada itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan lebih 15 pemimpin dunia di luar Sidang Kemuncak G20.

Antaranya Amerika Syarikat, Britain, Bangladesh, Turkiye dan Jerman.-REUTERS

(Foto Reuters)

Media Baharu