fb fb fb fb fb

Laluan sempadan utama Afghanistan-Pakistan ditutup

PAKISTAN, 7 September - Torkham iaitu laluan sempadan utama antara Afghanistan dan Pakistan ditutup pada Rabu selepas kejadian pasukan keselamatan dari kedua-dua negara berbalas tembakan, kata sumber keselamatan Pakistan.

Penduduk tempatan melaporkan bunyi tembakan di Torkham dan berkata orang ramai melarikan diri sebaik mendengar tembakan.

Pegawai keselamatan dari kawasan memaklumkan, "tentera Taliban dan Pakistan telah berbalas tembakan tetapi masih belum ada laporan kemalangan jiwa."

Sebelum ini laluan itu pernah ditutup atas beberapa faktor.

Pada Februari lalu Torkham ditutup, apabila beribu-ribu trak yang sarat membawa barang terkandas selama beberapa hari. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu