fb fb fb fb fb

Claudia Sheinbaum dicalonkan sebagai Presiden Mexico

MEXICO CITY, 7 September - Parti pemerintah Mexico menamakan bekas Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum sebagai calon untuk pilihan raya presiden tahun depan.

Sheinbaum, 61, adalah sekutu rapat Presiden Andres Manuel Lopez Obrador dan dianggap sebagai pilihan terbaik dalam pemilihan nasional yang dianjurkan Gerakan Penjanaan Semula Kebangsaan (MORENA).

"Hari ini rakyat Mexico membuat keputusan," Sheinbaum sambil tersenyum dengan laungan penyokong "presiden, presiden, presiden."

"Kami akan menang pada 2024," tambahnya.

Sheinbaum menewaskan lima pesaing lain dan memenangi setiap lima undian, dengan purata kira-kira 39% undian, kata parti itu.

Bagaimanapun, beberapa jam sebelum pemenang diumumkan, pesaing terdekat Sheinbaum, bekas menteri luar negeri Marcelo Ebrard, berkata undian itu perlu dilakukan semula atas alasan
penyelewengan.

Ebrard tidak hadir ketika Sheinbaum diumumkan sebagai pemenang, memberitahu stesen radio Mexico bahawa beliau dan pasukannya telah disingkirkan daripada acara itu, "Dia akan memutuskan langkah seterusnya pada hari Isnin," katanya. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu