BEIJING, 30 September - Korea Utara menyatakan kesediaan untuk terus memperkukuh hubungan dengan China menerusi pertemuan Menteri Luar negara itu, Choe Son Hui, dengan Perdana Menteri China, Li Qiang di Beijing hari ini.
Menurut laporan KCNA, Li menegaskan China amat menghargai hubungan dengan Korea Utara dan mengulangi pendirian Beijing untuk memajukan kerjasama dua hala daripada perspektif strategik dan jangka panjang.
Lawatan Choe itu menyusuli sidang kemuncak antara Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, dan Presiden China, Xi Jinping, awal bulan ini di Beijing; pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin dalam tempoh enam tahun.
Korea Utara dan China merupakan sekutu lama, namun hubungan kedua-dua negara pernah melalui fasa yang kompleks dan tegang dari semasa ke semasa.-REUTERS