(FOTO REUTERS)
MOSCOW, 7 April - Presiden Rusia, Vladimir Putin menuduh pihak berkuasa Ukraine berada di belakang provokasi "kasar dan sinis" di bandar Bucha.
Beliau menyatakannya dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban.
(Vladimir Putin menuduh Ukraine sebarkan provokasi terkait dugaan pembantaian di Kota Bucha saat berbicara dengan
Perdana Menteri Hongaria/REUTERS)
“Putin memaklumkan mengenai situasi berhubung perbincangan antara wakil Rusia dengan wakil Ukraine dan juga memberikan penilaian berprinsip (beliau) terhadap provokasi kasar dan sinis rejim Kiev di bandar Bucha,” kata Kremlin.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menuduh tentera Rusia membunuh berpuluh-puluh orang awam di Bucha, selepas imej muncul pada hujung minggu, memaparkan mayat bergelimpangan di jalan-jalan berikutan pengunduran tentera Rusia.
Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa, pihak berkuasa Ukraine sedang menyediakan "provokasi serupa" di bandar Konotop dan Trostyanets di timur laut Ukraine dan bandar Borodyanka dan Katyuzhanka berhampiran ibu kota Ukraine, Kiev.
Sementara itu jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova berkata bahawa media Barat turut dipersalah atas apa yang berlaku di Bucha.
"Ya, saya menuduh media Barat. Pertama sekali saluran Amerika Syarikat, bukan sahaja menyebarkan maklumat palsu dan salah tetapi juga bersubahat dalam tindakan menghukum, kononnya tentera Rusia membunuh orang awam di Bucha," katanya kepada pemberita. -AFP