fb fb fb fb fb

Perdana Menteri Britain tidak bersetuju atlet transgender bertanding dalam acara sukan wanita

(Boris Johnson menolak penyertaan golongan transgender dalam acara sukan wanita/GOOGLE)

LONDON, 6 April - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menolak penyertaan golongan transgender dalam acara sukan wanita.

Beliau berkata, orang yang dilahirkan lelaki tidak seharusnya bertanding dalam acara sukan wanita.

"Saya tidak fikir lelaki biologi sepatutnya bertanding dalam acara sukan wanita. Dan mungkin itu perkara yang kontroversi untuk diperkatakan, tetapi saya melihatnya sesuati yang masuk akal.

"Dan saya juga berfikir bahawa wanita harus mempunyai ruang di hospital atau penjara atau bilik persalinan atau di mana sahaja yang didedikasikan untuk wanita," kata Johnson kepada pemberita di sini.

(FOTO REUTERS)

Campur tangan beliau dibuat selepas kerajaan minggu lalu terpaksa melakukan pusingan U yang memalukan, beberapa jam selepas laporan mengatakan ia merancang untuk membatalkan undang-undang mengharamkan "terapi penukaran gay".

Perdebatan di Britain mengenai hak transgender menjadi semakin sengit.

Malahan ada pihak dalam kerajaan Johnson berpandangan ia harus diserahkan kepada badan sukan untuk memutuskan siapa yang akan bertanding.

Namun dengan perpecahan dalam kedua-dua parti Buruh Konservatif dan pembangkang menjelang pilihan raya tempatan pada 5 Mei, Johnson melangkah lebih jauh dalam isu gender yang dipanggil "perang budaya" Britain.

Hujung minggu lalu, pelumba basikal transgender Emily Bridges dihalang daripada bertanding dalam perlumbaan wanita di England selepas badan induk global sukan itu, UCI memutuskan bahawa dia tidak layak.

Keputusan awal badan induk utama sukan itu di UK, British Cycling untuk membenarkan Bridges berlumba telah menimbulkan kontroversi besar, dengan ancaman boikot daripada pelumba wanita lain jika dia dibenarkan bertanding.

Pengkritik berkata atlet trans mempunyai kelebihan yang tidak adil walaupun tahap testosteron telah diturunkan. -AFP

Media Baharu