BANGKOK, 13 Jun - Generasi muda Thailand menyanjung Paetongtarn Shinawatra yang juga anak bongsu bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra.
Memiliki setengah juta pengikut di Instagram, Paetongtarn menjalani gaya hidup glamor dan menggambarkan dirinya sebagai 'puteri bongsu' Thaksin.
Paetongtarn juga dilihat membawa semula pengaruh dan legasi politik Thaksin kepada generasi baharu dan bersedia merampas semula tampuk pemerintahan yang dikuasai golongan diraja bersama tentera dan kumpulan elit.
(Paetongtarn Shinawatra anak bongsu bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra/FOTO AFP)
Walaupun peranannya ketika ini dikatakan kurang menonjol bersama parti pembangkang utama, namun dia diramal akan dinamakan sebagai calon Perdana Menteri apabila pilihan raya umum akan datang.
Paetongtarn juga sudah memulakan kempen pilihan raya dengan menjelaskan Thailand pasti akan bertambah baik di bawah pemerintahannya.
Dia akan mengikuti corak kepimpinan bapanya yang sentiasa membantu rakyat. - AFP