fb fb fb fb fb

Kapal karam di Colombia miliki khazanah emas bernilai AS$17 bilion

(FOTO AFP)

BOGOTA, 13 Jun - Pihak berkuasa Colombia mengeluarkan rakaman baharu dua lagi bangkai kapal yang ditemukan di luar pantai Cartagena, dipercayai karam lebih 300 tahun lalu.

Ia dipercayai membawa emas bernilai AS$17 bilion.

Rakaman diambil dalam empat misi pemerhatian dilakukan tentera laut Colombia menggunakan kenderaan kawalan jauh yang dihantar jauh ke dasar laut.

(FOTO AFP)

Imej biru dan hijau menunjukkan syiling emas, tembikar dan cawan porselin bertaburan di dasar laut. Imej itu memberi gambaran tentang harta karun kapal itu yang dianggap bernilai berbilion dolar.

Colombia berhasrat mencari kira-kira 12 lagi bangkai kapal bersejarah dengan teknologi sama.

Ia menganggap bangkai kapal yang ditemui di perairan wilayahnya sebagai sebahagian daripada warisan budaya negara, bermakna kandungannya tidak boleh dijual.-AFP

Media Baharu