fb fb fb fb fb

Jumlah senjata nuklear global dijangka meningkat dekad akan datang

(FOTO AFP)

STOCKHOLM, 13 Jun - Jumlah senjata nuklear dijangka meningkat dalam dekad akan datang selepas 35 tahun mencatatkan penurunan, ketika ketegangan global semakin memuncak susulan pencerobohan Rusia di Ukraine.

Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) menganggarkan sembilan kuasa nuklear, Britain, China, Perancis, India, Israel, Korea Utara, Pakistan, Amerika Syarikat dan Rusia mempunyai 12,705 kepala peledak nuklear pada awal 2022 atau 375 kurang daripada awal 2021.

(FOTO AFP)

Moscow dan Washington sahaja menguasai 90 peratus daripada senjata nuklear dunia.

Kali terakhir pemilikan senjata nuklear mencatatkan peningkatan ialah pada tahun 1986 yang merekodkan lebih 70,000 selepas Washington dan Moscow mengurangkan secara berperingkat pemilikan senjata nuklear yang dibina semasa Perang Dingin.-AFP

Media Baharu