fb fb fb fb fb

Iran perlu segera sambung semula rundingan berhubung isu nuklear

Iran, 13 Jun - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menggesa Iran segera menyambung semula rundingan mengenai isu nuklearnya.

Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi berkata langkah itu bagi mengelakkan krisis yang lebih buruk yang menyukarkan usaha untuk menyelamatkan perjanjian nuklear 2015.

Ia susulan tindakan Tehran minggu ini menyahaktifkan 27 kamera yang membenarkan pasukan pemeriksa antarabangsa memantau aktiviti nuklearnya.

(FOTO FAIL)

Ini sebagai tindak balas terhadap resolusi barat yang diluluskan pada 8 Jun lalu.

Jelasnya, tanpa kamera pengawasan itu IAEA sukar untuk mengisytiharkan status semasa program nuklear Tehran. - AFP

Media Baharu