fb fb fb fb fb

Puma tamatkan penajaan pasukan bola sepak Israel

Logo Puma dilihat di pintu masuk salah satu kedainya di Vienna, Austria, 18 Mac 2016/ REUTERS

BERLIN, 12 Disember – Jenama sukan Puma akan menamatkan penajaan pasukan bola sepak kebangsaan Israel tahun depan.

Bagaimanapun, menurut jurucakap firma pakaian sukan Jerman itu , langkah tersebut telah dirancang sejak tahun lalu dan tiada kaitan dengan perang yang berlaku di Gaza.

"Kontrak Puma dengan beberapa persekutuan bola sepak, termasuk Serbia dan Israel, akan tamat pada 2024 dan tidak akan diperbaharui," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya, keputusan itu diambil pada 2022 sebagai sebahagian daripada salah satu strategi 'kecil yang lebih baik'.

Puma menandatangani kontrak dengan IFA untuk menyediakan kit kepada pemain pasukan itu sejak 2018.

Sejak itu, syarikat itu telah menghadapi gesaan boikot daripada aktivis, dengan mengatakan IFA merupakan pasukan yang berpangkalan di penempatan Yahudi di Tebing Barat, dan ia menyalahi undang-undang antarabangsa.

Dalam pada itu, Pergerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) yang diketuai oleh Palestin telah menggesa agar firma pakaian sukan itu diboikot sebelum serangan 7 Oktober kerana penajaannya terhadap pasukan Israel.

Bagaimanapun, seruan boikot semakin kuat dan berkembang kepada lebih banyak firma dan produk berikutan serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza sejak serangan maut Hamas di selatan Israel.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI