fb fb fb fb fb

12 cedera dalam letupan di Kiev - Datuk Bandar

Foto AFP

KIEV, 13 Disember - Tujuh orang dilaporkan cedera selepas serangan peluru berpandu Rusia menyasarkan ibu negara Ukraine pada pagi Rabu, kata Datuk Bandar Kiev, Vitali Klitschko.

Seorang wartawan AFP mendengar beberapa letupan, dengan siren serbuan udara kedengaran tidak lama selepas itu.

"Menurut pakar perubatan, tujuh orang telah cedera akibat serangan musuh ke atas Kiev. Lima dimasukkan ke hospital di institusi perubatan ibu kota," kata Klitschko di media sosial.

Beliau berkata sebuah hospital kanak-kanak telah rosak dalam serangan itu.

Ini merupakan serangan kedua ke atas Kiev dalam tempoh seminggu dan berlaku selepas tempoh bertenang yang lama di ibu negara Ukraine selepas serangan berlaku pada Ahad.

Pentadbiran Tentera Bandaraya Kiev juga melaporkan bahawa "akibat penembakan sasaran udara musuh, banyak serpihan yang jatuh direkodkan di daerah Dniprovsky dan Desnyansky".

Beberapa penduduk telah dipindahkan dari sebuah bangunan di daerah Dniprovsky, di mana kebakaran direkodkan.

Pertahanan udara menembak jatuh peluru berpandu di Kiev pada 21 September. Serpihan yang jatuh itu telah mencederakan tujuh orang, termasuk seorang kanak-kanak. - AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN