fb fb fb fb fb

Puluhan terbunuh dan cedera dalam serangan Israel di Gaza

Penduduk Jabalia memulakan usaha menyelamat mangsa yang cedera akibat serangan udara Israel / Foto REUTERS

JABALIA, 3 Mei-Puluhan penduduk Palestin terbunuh dan cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di Jabalia pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

"Serangan ini mengakibatkan sejumlah besar kematian dan mangsa cedera," kata Ketua Penyelamat Palestin, Fares Afana.

Gencatan senjata antara Israel dan Hamas telah runtuh pada bulan Mac, dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan satu sama lain.

Serangan terbaharu itu berlaku selepas Israel menyambung operasi ketenteraan pada 18 Mac lalu susulan kegagalan gencatan senjata yang bermula 19 Januari.

Kementerian Kesihatan Gaza menganggarkan lebih 2,300 terkorban sejak serangan disambung semula, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak perang bermula mencecah 52,418 orang.

Sejak 2 Mac, Israel telah memutuskan sepenuhnya bekalan ke kawasan Gaza, yang menempatkan 2.3 juta penduduk.

Menurut agensi bantuan antarabangsa, bekalan makanan yang disimpan semasa tempoh gencatan senjata pada awal tahun kini hampir habis.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD