fb fb fb fb fb

Pulau gunung berapi Iwo Jima di Jepun meletus

Gunung berapi di Pulau Iwo Jima meletus/Reuters

TOKYO, 28 November- Gunung berapi di Pulau Iwo Jima dekat selatan Jepun dilapor mula aktif dan meletus.

Video letusan terbabit dikongsi oleh Pengawal Pantai Jepun semalam.

“Aktiviti gunung berapi telah disahkan berlaku di pulau baharu di luar pantai selatan Iwo Jima, perairan Okinahama,” menurut pihak itu dalam satu kenyataan.

Iwo Jima ialah sebuah pulau gunung berapi yang terletak di Lautan Pasifik.

Ia adalah sebahagian daripada Kepulauan Ogasawara dan terletak kira-kira 1,200 kilometer di selatan sini.

Semasa Perang Dunia Kedua, Iwo Jima merupakan lokasi penting bagi Jepun sebagai pos kawalan serta pemerhati untuk tentera memberi amaran awal jika musuh mahu melancarkan serangan. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA