fb fb fb fb fb

Puak pemisah isytihar kemenangan dalam undi penggabungan dengan Rusia

(Seorang aktivis menyertai piket untuk menyokong Presiden Rusia Vladimir Putin
di tengah Moscow pada 22 September 2022/AFP)

KIEV, 28 September- Puak pemisah Ukraine yang diiktiraf Kremlin mengisytiharkan kemenangan dalam undian penggabungan di wilayah Ukraine bawah kawalan Rusia.

"Sudah jelas bahawa sebahagian besar penduduk menyokong pemisahan Ukraine dari menyertai Rusia," kata Vladimir Saldo, ketua wilayah Kherson yang dilantik Moscow, di media sosial.

Pegawai pilihan raya di Moscow berkata penduduk wilayah berkenaan yang mengundi di Rusia sangat menyokong penggabungan, manakala pihak berkuasa di Kherson dan satu lagi wilayah yang diduduki Rusia, Zaporizhzhia, menunjukkan sokongan awal masing-masing 87% dan 92%.

"Menyelamatkan orang di wilayah terlibat adalah tumpuan perhatian seluruh masyarakat kita dan seluruh negara," kata Presiden Rusia Vladimir Putin.

"Rusia akan menggunakan apa-apa dan semua cara yang ada untuk mempertahankan wilayahnya," tambah Putin, membayangkan bahawa selepas empat wilayah itu menyertai Persekutuan Rusia, Moscow boleh menggunakan senjata nuklear strategik untuk menangkis percubaan Ukraine merampas kembali wilayah itu.

Sementara itu, Jurucakapnya Dmitry Peskov, berkata keputusan undian akan mempunyai implikasi undang-undang "radikal" dan referendum berkenaan juga akan membawa "kesan dari segi keselamatan".

Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba, bagaimanapun menggandakan janji Kiev untuk mengusir keluar tentera Rusia.

Tegas beliau, keputusan undian "tidak akan mempunyai apa-apa pengaruh" di medan perang. -AFP


(Presiden Rusia Vladimir Putin/File AFP)

Media Baharu