fb fb fb fb fb

Protes mahu kerja: Golongan muda bakar gerabak kereta api

BIHAR, 29 Januari - Peluang kerja terhad dan proses penawaran kerja yang tidak telus menjadi punca tunjuk perasaan golongan muda di India.

Protes semakin merebak dan dicemari insiden ganas termasuk tindakan anak muda membakar gerabak kereta api di Bihar minggu ini.

Kejadian berlaku selepas lebih 10 juta permohonan bagi mengisi 35,000 peluang pekerjaan di sediakan sebuah syarikat yang merupakan majikan terbesar di negara itu.

Insiden tersebut antara bukti India kini dihimpit masalah menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda yang menamatkan pengajian mereka.

Bantahan melibatkan golongan muda India itu dijangka merebak ke negeri-negeri mundur yang berjiran seperti Uttar Pradesh.

Penggangguran di Bihar dan Uttar Pradesh mewakili satu perempat daripada jumlah keseluruhannya di India.

Terdapat kes-kes yang menyaksikan ibu bapa terpaksa mengadaikan tanah mereka untuk memberikan pendidikan kepada anak mereka.

Media Baharu