fb fb fb fb fb

Makmal enam negara dapati pil Molnupiravir aktif lawan varian Omicron

RAHWAY, 29 Januari - Penyelidik enam negara mendapati pil antiCOVID-19, Molnupiravir keluaran Merck kekal aktif melawan varian Omicron.

Kajian itu dibuat berdasarkan ujian berasaskan sel yang dijalankan secara bebas oleh maklmal di Belgium, Jerman, Republik Czech, Poland, Belanda dan Amerika Syarikat.

Kajian tersebut melibatkan rawatan oral selama lima hari melibatkan 1,400 peserta.

Keputusan menunjukkan bahawa pil itu mempunyai aktiviti antiviral konsisten terhadap Omicron.

Presiden Makmal Penyelidikan Merck, Dr Dean Y Li dalam satu kenyataan berkata,dapatan kajian itu menambah keyakinan terhadap potensi pil berkenaan sebagai pilihan rawatan COVID-19.

Bagaimanapun, keberkesanan pil terhadap varian Omicron masih belum dinilai menerusi ujian klinikal.

Selain Merck, Pfizer juga menghasilkan pil antiCOVID-19 yang dipasarkan sebagai Paxlovid.

Media Baharu