fb fb fb fb fb

Polis London nafi tangguh hasil siasatan dalaman kerajaan

GAMBAR FAIL

LONDON, 29 Januari - Polis London nafi menangguhkan siasatan berhubung kontroversi sambutan parti Krismas oleh Perdana Menteri Boris Johnson ketika dikenakan perintah berkurung

Laporan hasil siasatan dijangka dikeluarkan akhir bulan ini.

Jurucakap Johnson berkata kerajaan mahu memastikan laporan dalaman itu tidak menghalang siasatan polis, agar tidak menjejaskan sebarang prosiding undang-undang masa depan.

Polis London kini menyiasat beberapa peristiwa yang berlaku di Downing Street dan Whitehall sejak dua tahun lepas berkaitan pelanggaran peraturan COVID-19.

Sejak sambutan itu dibongkar, Johnson berdepan tekanan hebat daripada parti lawan agar meletakkan jawatan.

Beliau telah membuat permohonan maaf secara terbuka pada 12 Januari lalu tetapi terus mempertahankan kehadirannya di majlis tersebut.

Media Baharu