fb fb fb fb fb

Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu keenam

KOREA UTARA, 29 Januari - Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu keenam , semalam.

Agensi Berita Pusat Korea, KCNA mengeluarkan gambar ujian peluru berpandu berkenaan ketika pemimpin-nya Kim Jong Un melawat kilang peluru yang menghasilkan sistem senjata utama.

Semasa lawatan kilang senjata itu , Kim Jong Un memuji kemajuan negaranya dalam menghasilkan senjata utama tersebut.

Ujian terbaru ini merupakan ujian peluru berpandu keenam yang dijalankan Pyongyang sejak 5 Januari lalu.

Ia dibuat bagi mengemas kini sistem peluru berpandu jarak jauh yang diadakan pada Selasa.

Siri ujian sebelum ini termasuk peluru berpandu hipersonik, peluru berpandu balistik yang dilancarkan menggunakan kereta api, peluru berpandu taktikal dan peluru berpandu jarak jauh.

Media Baharu