fb fb fb fb fb

Proses pengundian pilihan raya presiden Cameroon bermula

Seorang lelaki memeriksa namanya pada senarai pengundi di pusat pengundian Ecole Maternelle de Foulbere di Garoua sempena hari pengundian pilihan raya presiden/ REUTERS

DOUALA, 12 Oktober – Penduduk Cameroon di bandar komersial Douala mula keluar mengundi pada Ahad dalam pilihan raya presiden.

Ia menyaksikan penyandang jawatan, Paul Biya, 92 tahun, pemimpin tertua di dunia dijangka mengekalkan cengkaman kuasanya selama 43 tahun, meskipun berdepan tentangan daripada pembangkang yang semakin bersemangat.

Antara pencabarnya ialah bekas jurucakap kerajaan, Issa Tchiroma, 76 tahun, yang berjaya menarik kehadiran ramai penyokong dengan gesaan supaya era pemerintahan panjang Biya ditamatkan.

Tchiroma turut menerima sokongan daripada beberapa parti pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil.

Namun, penganalisis menjangkakan Biya, yang memerintah sejak 1982, berkemungkinan besar akan dipilih semula berikutan kawalan kukuhnya terhadap jentera kerajaan serta perpecahan dalam kalangan pembangkang. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN