fb fb fb fb fb

PRK Pulai, pengundi tidak terpengaruh dengan fatwa politik - Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU, 3 September- Pengundi di Parlimen Pulai tidak akan terpengaruh dengan fatwa politik dikeluarkan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat, Sabtu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pengundi Johor matang dan tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan itu.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, rakyat Johor berbeza dengan pengundi di tiga negeri dikuasai pembangkang dan memilih wakil yang memperjuangkan nasib mereka.

Rakyat Johor memerlukan kestabilan dan sudah pasti pengundi akan memilih calon berpengalaman dan mengetahui keperluan penduduk setempat.

"Saya nak tanya dengan orang itu, ayat al-Quran daripada mana, hadis mana, qiyas mana, ijma ulama mana.

"Ketika beliau menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan 1.0 dahulu, semuanya halal...apabila tidak sealiran sahaja dengan dia, maka keluarlah fatwa yang pelbagai," katanya.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Projek Perumahahn Pakyat (PPR) Kempas Permai, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, kerajaan bersetuju mempertimbangkan permohonan kerajaan negeri untuk menaik taraf beberapa kemudahan di kawasan PPR itu.

Media Baharu