fb fb fb fb fb

Pembangunan sekolah di BUU, cadangan akan dibawa kepada PM

(FOTO HIASAN)

JOHOR BAHRU, 3 September - Pembangunan sekolah agama dan sekolah rendah di Bandar Uda Utama (BUU), di sini dicadangkan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Ini berikutan sekolah sedia ada berada di luar kawasan BUU serta jumlah kepadatan penduduk yang meningkat.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat berkata cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan beliau ke Johor Bahru hari ini memandangkan kawasan itu telah diwartakan.

(Calon PH Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat)

"Penduduk di sini padat jadi mereka perlukan banyak kemudahan-kemudahan asas seperti sekolah, rumah yang selesa dan infrastruktur yang lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi walkabout Program Jualan Rahmah di PPR Uda Utama, di sini.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar juga tidak melepaskan peluang meluangkan masa untuk beramah mesra bersama penduduk termasuk peniaga dan pelanggan di kedai makan sekitar PPR Kempas Permai, di sini.

Media Baharu