fb fb fb fb fb

Pengundi muda tunjuk sokongan positif terhadap calon PH

(Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh (tiga, kiri) beramah
mesra bersama komuniti belia Simpang Jeram ketika menghadiri perlawanan
bola sepak di Padang Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2 hari ini/Foto Bernama)

MUAR, 3 September- Strategi yang disusun jentera gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh seminggu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Negeri Simpang Jeram, mendapat reaksi positif dalam kalangan anak muda.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh berharap momentum itu berkekalan dan diterjemahkan pada Hari Pengundian, 9 September ini.

"Alhamdulillah setakat ini kita tengok Pulai dan Simpang Jeram, sentimen pengundi muda setakat ini memberikan satu penanda aras yang sangat positif sepanjang tempoh kita berkempen.

"Kita harapkan ia kekal positif, seterusnya menterjemahkan ke atas kertas undi dan memberi kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan," katanya.

(Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas beramah mesra dengan komuniti belia dan anak muda Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2, di sini, hari ini.

Amal kempen sihat, politik matang

Dalam pada itu, Muhammad Akmal menegaskan politik seharusnya menjadi landasan yang menyatupadukan rakyat.

Bukan elemen yang memecah-belahkan; dengan memainkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

"Jangan menggunakan sentimen agama...politik ini tidak boleh dipecah-pecahkan...politik ini tidak boleh memecahkan masyarakat.

"Politik ini perlu menyatupadukan masyarakat...saya haraplah kalau sentimen 3R sebegini boleh diberhentikan dan saya percaya rakyat di Johor ini matang untuk memikirkan mana yang terbaik untuk mereka," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan 'haram' mengundi calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai, Suhaizan Kaiat.

Media Baharu