fb fb fb fb fb

Penunjuk perasaan desak tentera Perancis tinggalkan Niger

FOTO REUTERS

NIAMEY, 3 September- Puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di luar pangkalan tentera Perancis di ibu negara Niger, pada Sabtu.

Menurut salah seorang penunjuk perasaan, Seydou Souley Ali, ia sebagai tanda protes kepada kedegilan Paris yang enggan berundur dan meninggalkan negara itu, yang kini ditadbir tentera susulan rampasan kuasa 26 Julai lalu.

"Perancis akan pergi. Ini rumah kami. Mereka akan pergi, sama ada mereka mahu atau tidak. Jika mereka tidak mahu pergi, kami di sini. Kami akan kekal di sini walaupun 100 tahun. Kami nekad, Perancis akan pergi," kata Souley Ali kepada media.


(Penunjuk perasaan, Seydou Souley Ali/REUTERS)

Situasi di rantau itu kian mendapat perhatian dunia selepas satu per satu pentadbiran demokrasi negara diambil alih menerusi rampasan kuasa tentera.

Perancis dipaksa meninggalkan Mali dan Burkina Faso sekali gus mengurangkan pengaruhnya di Afrika Barat yang juga merupakan wilayah bekas jajahan negara Eropah itu.- REUTERS

Media Baharu