fb fb fb fb fb

Tentera Gabon buka sempadan negara

FOTO REUTERS

LIBREVILLE, 3 September- Pemerintah tentera Gabon membuka semula sempadan darat, laut dan udara negara itu berkuat kuasa serta-merta.

Walau bagaimanapun, menurut jurucakap tentera, Kolonel Ulrich Manfoumbi, perintah berkurung dari pukul 6.00 petang hingga 6.00 pagi yang dikenakan tetap dilaksanakan.

"Memandangkan perintah berkurung berkuat kuasa bermula pukul 6.00 petang hingga pukul 6.00 pagi pelancong yang tiba atau ingin keluar akan diberi hak untuk melakukan perjalanan dengan mengemukakan dokumen perjalanan mereka," kata Manfoumbi kepada media.


(FOTO REUTERS)

Rabu lalu, pihak tentera menutup sempadan negara itu selepas menggulingkan Presiden Ali Bongo.

Kudeta tersebut sekali gus menamatkan hampir enam dekad pentadbiran dinasti keluarga Bongo memerintah negara Afrika tersebut.

Pihak tentera turut berjanji bahawa situasi yang sedang berlaku sekarang bersifat sementara bagi tujuan memulihkan kestabilan politik.- REUTERS

 

Media Baharu