fb fb fb fb fb

Taiwan siap sedia hadapi Taufan Haikui

FOTO REUTERS

TAIPEI, 3 September- Ketibaan Taufan Haikui di Taiwan pada Ahad mendesak kepada pembatalan 25 penerbangan domestik dan pemindahan penduduk membabitkan hampir 3,000 orang.

Haikui dijangka akan membawa hujan lebat dan angin kencang ke selatan serta timur pulau itu.

Haikui diramalkan akan mendarat di kawasan pergunungan yang berpenduduk jarang di tenggara Taiwan lewat petang Ahad, dengan daerah dan bandar di timur dan selatan membatalkan kelas dan mengisytiharkan cuti untuk pekerja.

Menurut agensi Risiko Ribut Tropika, Haikui adalah ribut yang lebih lemah daripada Taufan Saola yang melanda Hong Kong dan wilayah Guangdong di selatan China pada Sabtu.

Taufan Haikui diramal hanya berada pada tahap kategori 1 atau 2 apabila ia melanda Taiwan.

Dua syarikat penerbangan domestik utama Taiwan, UNI Air dan Mandarin Airlines, membatalkan semua penerbangan pada Ahad manakala perkhidmatan feri ke pulau luar pesisir turut dibatalkan.

Bantuan ketenteraan telah digerakkan, dengan peralatan untuk membantu usaha bantuan banjir dan pemindahan.

Selepas melintasi selatan Taiwan, Haikui diramalkan akan menyeberangi Selat Taiwan ke China.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu