fb fb fb fb fb

Kadar inflasi Britain diramalkan akan jatuh

LONDON, 3 September- Menteri kewangan Britain, Jeremy Hunt berkata inflasi berada pada landasan tepat menjelang akhir 2023 sebelum pembukaan Parlimen selepas cuti musim panas.

Kadar inflasi Britain diramalkan akan jatuh kepada kira-kira 5% menjelang akhir tahun.

Paras itu separuh daripada Januari dan mencapai sasaran yang merupakan satu daripada lima manifesto utama Perdana Menteri Rishi Sunak yang dibuat kepada pengundi untuk ditunaikan.

Hunt berkata dalam satu kenyataan, tekanan ke atas belanjawan isi rumah akan mula berkurangan apabila inflasi mereda.

Beliau turut menekankan usahanya untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor awam bagi meningkatkan pertumbuhan.

"Kami berada di landasan untuk mengurangkan separuh inflasi tahun ini dan berpegang kepada rancangan kami untuk mengurangkan tekanan terhadap keluarga dan perniagaan," kata Hunt.

Bagi Julai, kadar inflasi harga pengguna tahunan Britain menjadi rendah kepada 6.8%. Ia masih merupakan kadar tertinggi dalam kalangan negara kumpulan G7.

Fokus Hunt terhadap inflasi akan mengecewakan beberapa penggubal undang-undang daripada Parti Konservatif yang telah menggesa pemotongan cukai sebelum pilihan raya.

Ia berikutan hasil cukai British adalah tertinggi sejak 1940-an.

Data ekonomi yang disemak dan diterbitkan pada Jumaat memberikan rangsangan kepada kerajaan yang menunjukkan ekonomi semakin berkembang.

Hunt berkata beliau merancang untuk memastikan jabatan kerajaan memaksimumkan produktiviti bertujuan mengurangkan masa, kakitangan dan pentadbiran bukan teras.- REUTERS

(Jeremy Hunt)

Media Baharu