fb fb fb fb fb

Korea Utara adakan latihan 'serangan nuklear taktikal'

SEOUL, 3 September- Korea Utara melakukan latihan simulasi "serangan nuklear taktikal" yang merangkumi dua peluru berpandu jarak jauh pada Sabtu.

Ia sebagai tindak balas kepada latihan bersekutu oleh Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan, lapor media kerajaan pada Ahad.

Agensi berita KCNA berkata latihan itu dilakukan untuk "memberi amaran kepada sekutu tentang bahaya perang nuklear sebenar" ketika Pyongyang meningkatkan pencegahan tentera terhadap Washington dan Seoul.

Menurut kenyataan itu, "kuasa nuklear DPRK akan memperkukuh pertahanan dalam setiap cara untuk menghalang perang dan memelihara keamanan dan kestabilan," kata kenyataan KCNA.

Latihan musim panas tahunan itu diadakan dengan Korea Selatan dan AS, yang dikenali sebagai Ulchi Freedom Shield, yang berakhir pada Khamis.- REUTERS

(Kim Jong Un memeriksa mesin kompleks Pukjung, gambar KCNA/REUTERS)

Media Baharu