fb fb fb fb fb

Najib Lep sertai Amanah

MUAR, 3 September- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir daripada PAS, Najib Lep telah menyertai parti Amanah untuk meneruskan perjuangan politik beliau.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu menerima borang keahlian Najib selepas Ahli Parlimen Kota Raja itu selesai berucap di Ceramah Kelompok Kempen PRK Simpang Jeram malam tadi.

“Itu hak mereka memilih, (Najib) memilih Amanah dan kita harapkan beliau dapat memberi sumbangan buah fikiran bagi gerak kerja pilihan raya (PRK) ini,” kata Mohamad.

Mohamad berkata kepada pemberita selepas selesai ceramah kempen di Taman Desa, Sungai Abong di sini pada Sabtu.

Tambah Mohamad, Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan lebih ramai individu menyertai parti gabungan itu dalam ceramah kempen di Parlimen Pulai hari ini.

Keahlian Najib dalam PAS dilapor terbatal secara automatik pada 27 Februari 2022.

Ini selepas beliau bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Bukit Pasir pada pilihan raya negeri (PRN) Johor apabila namanya tidak dicalonkan oleh PAS.

Kemudian Najib dilaporkan menyertai UMNO pada Oktober 2022.

(Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Seri Mohamad (kiri) menerima borang
keahlian daripada bekas Adun Pas Bukit Pasir, Najib Lep (tiga kanan)/FOTO BERNAMA)

Media Baharu