fb fb fb fb fb

PRK Parlimen Pulai: Suhaizan azam tingkatkan pembangunan infrastruktur masyarakat Orang Asli

(FOTO RTM)

JOHOR BAHARU, 1 September- Komuniti orang asli di Parlimen Pulai akan terus dibantu menerusi Program Bakul Rahmah dan pelbagai penyaluran bantuan meliputi pembangunan infrastruktur serta pendidikan.

Ini bagi membantu meringankan kos sara hidup orang asli sekaligus meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Orang Asli.

Calon PH, Suhaizan Kaiyat berkata fokusnya kini terarah bagi membangunkan infrastuktur segera yang menjadi keperluan rakyat khususnya bagi masyarakat orang asli di Kampung Sungai Temun, Johor Bahru. 

Menurutnya, dia mahu memastikan tiada masyarakat Orang Asli yang tertinggal dalam setiap inisiatif diperkenalkan termasuk program Rahmah yang dipelopori bekas ahli Parlimen Pulai, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Kawasan ini memerlukan bantuan infrastruktur seperti lampu jalan bagi menjalankan aktiviti di sebelah malam.

Keduanya, mereka (komuniti orang asli ) khemah bagi aktiviti di kawasan ini. Ketiganya membaik pulih jeti yang telah uzur agar memudahkan nelayan di kawasan ini bagi menaikkan hasil tangkapan", katanya selepas menghadiri Program Sukan Rakyat bersama masyarakat orang asli Sungai Temun, di sini.

Sementara itu, masyarakat Asli menyambut baik usaha Suhaizan yang mahu meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin di kawasan berkenaan.


Bagi Tok Batin Orang Asli Sungai Temun, Salim Palon, dia mengharapkan kemenangan calon PH, Suhaizan Kaiat dapat membela nasib penduduk dan orang asli di kawasan berkenaan. 

"Saya berharap sangat kalau dia (Suhaizan) menang, harapnya dapat membantu masyarakat serta keperluan-keperluan bagi kampung ini", ujar Salim ketika ditemui wartawan RTM.

Komuniti orang asli di Kampung Sungai Temun mempunyai kira-kira 400 penduduk. 


( Tok Batin Orang Asli Sungai Temun, Salim Palon)

Media Baharu