fb fb fb fb fb

Calon PRK manfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial

(Tangkap layar video Tiktok yang dimuat naik calon PH di Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat)

JOHOR BAHRU, 1 September- Berbaki seminggu tempoh berkempen, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Dewan Negeri (DUN) Simpang Jeram memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial bagi mendekati masyarakat.

Akaun Tiktok dan Facebook calon-calon Pakatan Harapan (PH) terus rancak dengan rangkuman aktiviti kempen sepanjang hari yang dimuat naik ke akaun masing-masing.

Calon PH di Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat semakin aktif di Tiktok dengan memuat naik video berkempen dan beriadah.

Meninjau Tiktoknya, banyak video yang dimuat naik mencatatkan lebih 50,000 jumlah tontonan.

Pada masa yang sama, calon PH di Simpang Jeram, Ir Nazri Abdul Rahman turut memaksimumkan penggunaan Facebook dan TikTok untuk berkongsi pelbagai aktiviti kempen.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar, tidak ketinggalan menggunakan medium media sosial tersebut untuk menyiarkan rangkuman kempen sama seperti calon PN di DUN Simpang Jeram, Dr Mazri Yahya.

Dr Mazri Yahya bukan sahaja dilihat aktif memuat naik aktiviti berkempen, malah beliau juga berkongsi ilmu berkaitan kesihatan.


(Tangkap layar video Tiktok yang dimuat naik calon PN di DUN Simpang Jeram, Dr Mazri Yahya)

 

Media Baharu