fb fb fb fb fb

Presiden Tunisia bertanding untuk penggal kedua

Presiden Tunisia Kais Saied/ REUTERS

KAHERAH, 20 Julai (Bernama-Sputnik)- Presiden Tunisia Kais Saied, yang memegang jawatan sejak 2019, telah mengumumkan pencalonannya untuk penggal kedua, lapor Sputnik.

Pilihan raya presiden seterusnya di Tunisia akan berlangsung pada 6 Oktober.

"Saya secara rasmi mengumumkan pencalonan saya untuk pilihan raya presiden pada 6 Oktober untuk meneruskan perjuangan dalam pertempuran untuk pembebasan negara," kata Saied dalam video yang dikeluarkan oleh pejabatnya.

Pada 25 Julai 2021, Saied membubarkan kerajaan dan menggantung parlimen di tengah-tengah protes besar-besaran terhadap parlimen dan parti Tunisia Ennahda, yang disebabkan oleh kemerosotan keadaan hidup. Pada Mac 2022, presiden membubarkan parlimen, mengatakan beliau melakukannya "untuk melindungi kerajaan dan institusinya".

Pilihan raya parlimen awal telah diadakan di Tunisia antara Disember 2022 dan Januari 2023. Peratusan keluar mengundi serendah 11 peratus dan pembangkang memboikot pilihan raya itu. Pada Julai 2022, pembangkang juga memboikot referendum mengenai pindaan perlembagaan manakala 94.6 peratus mengundi menyokong draf perlembagaan baharu Tunisia, dengan peratusan keluar mengundi hanya 27 peratus. Pindaan kepada perlembagaan memberi ketua negara lebih banyak kuasa berbanding perlembagaan 2014.- BERNAMA-SPUTNIK

 

ROSLINA BINTI DIN