fb fb fb fb fb

Presiden Taiwan derma sebulan gaji bantu Turkiye

(Tsai Ing-wen/Reuters)

TAIPEI, 9 Februari- Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen dan Naib Presiden, William Lai sepakat untuk mendermakan sebulan gaji masing-masing bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye.

Pejabat Presiden Taiwan memaklumkan keputusan yang dibuat dua pemimpin utama negara itu adalah sebagai usaha menambah bantuan sedia yang dihantar negara berkenaan.

Taiwan, yang turut sering mengalami gempa bumi sebelum ini mengumumkan bantuan bencana sebanyak T$2 juta (RM8.6 juta), selain sudah menghantar dua pasukan penyelamat ke Turkiye untuk membantu usaha mencari mangsa yang masih terperangkap.

Tsai turut menyampaikan pesanannya melalui panggilan video kepada beberapa pasukan Taiwan di lapangan, semalam.

Angka kematian akibat gempa bumi dan gegaran susulan pada Isnin sudah melepasi 16,000 termasuk di Syria, setakat ini.-Reuters

 (Tsai Ing-wen menandatangani buku takziah buat mangsa gempa bumi Turkiye
di Pejabat Perdagangan Turkiye 
di Taipei pada
9 Februari 2023/Reuters)

 

Media Baharu