fb fb fb fb fb

Gempa bumi: Empat maut di Papua

(Orang ramai berdiri di atas bumbung kedai yang runtuh di pelabuhan selepas gempa bumi berukuran 5.1 magnitud
di Jayapura, Indonesia pada 9 Februari 2023/AFP)

JAYAPURA, 9 Februari- Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian gempa bumi yang melanda ibu kota wilayah timur Papua, hari ini.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa bumi berukuran 5.1 magnitud pada kedalaman 22 kilometer dari barat daya Jayapura berlaku pada pukul 1.28 tengah hari.

"Sebuah kafe atas air runtuh dan empat orang maut di sana. Mangsa jatuh ke dalam laut dan lemas," kata Asep Khalid, Ketua Agensi Mitigasi Bencana Jayapura, dalam satu kenyataan akhbar.

Gempa yang berlaku juga telah mencetuskan keadaan panik dan huru hara dengan orang ramai berebut-rebut untuk menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari bangunan.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia memberi amaran tentang potensi gempa susulan.

Indonesia mengalami aktiviti seismik dan gunung berapi yang kerap kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, di mana plat tektonik bertembung. -AFP

 (Pesakit dipindahkan ke luar hospital selepas gempa bumi berukuran 5.1 magnitud di
Jayapura, Indonesia pada 9 Februari 2023/AFP)

 

Media Baharu