fb fb fb fb fb

Lima maut dalam letupan gas di Siberia

(Letupan gas di sebuah apartment di Siberia pada 9 Februari 2023/Reuters)

SIBERIA, 9 Februari- Lima individu termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dalam kejadian letupan gas di sebuah apartment di Novosibirsk, di sini pada Khamis.

11 orang turut cedera dalam letupan itu dengan kira-kira 50 penduduk terpaksa dipindahkan.

Seramai 473 anggota penyelamat terlibat dalam operasi kecemasan tersebut.

Siasatan mengenai insiden berkenaan dijalankan oleh Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, yang bertanggungjawab terhadap kes-kes jenayah besar

Sementara itu, video yang dikeluarkan Kementerian Situasi Kecemasan Rusia memaparkan sebahagian besar bangunan kediaman bertingkat itu musnah terutama di bahagian hadapannya.

Sebuah lagi video menunjukkan pasukan penyelamat berjaya membawa keluar seekor kucing yang terperangkap di bawah pokok tumbang di kawasan bangunan terbabit. -Reuters

 (Anggota penyelamat mengeluarkan seekor kucing dari bawah pokok yang tumbang akibat
letupan gas di 
sebuah apartment di Siberia pada
9 Februari 2023/Reuters)

 

Media Baharu