(Foto hiasan)
LUBNAN, 9 Februari- Gempa bumi berukuran 4.2 magnitud mencetuskan rasa cemas di kawasan timur dan utara Lubnan hingga menyebabkan penduduk panik dan meninggalkan kediaman dan berhimpun di jalan raya.
Pusat Nasional Geofizik Lubnan (CNRS-L) melaporkan, gempa berlaku pada pukul 8.58 malam waktu tempatan sekitar lima kilometer dari bandar Hermel, tidak jauh dari sempadan Syria.
Tiada kemusnahan atau kematian dilaporkan setakat ini.
Gegaran gempa turut dirasakan penduduk Beirut dan bandar pelabuhan Tripoli.
(Foto Twitter @CNRSL)