fb fb fb fb fb

Angka korban gempa bumi Turkiye, Syria meningkat 17,500

(Penyelamat sedang mencari mangsa bawah runtuhan bangunan di Adiyaman, Turkiye
pada 
8 Februari 2023/AFP)


TURKIYE, 9 Februari- Jumlah korban akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria mencecah lebih 17,500 orang.

Seramai 14,351 orang maut di Turkiye, manakala 3,162 di Syria, susulan gegaran sekuat 7.8 magnitud pada Isnin, menjadikan jumlah rasmi korban kepada 17,513.

Cuaca sejuk ketika ini membantutkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan harapan semakin nipis untuk menemukan mangsa yang masih hidup.

Dalam pada itu, Turkiye akan membuka dua lagi pintu sempadannya dengan Syria bagi membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke negara tersebut.

Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu berkata, pintu sempadan Cilvegozu sudah dibuka dan dua lagi akan dibuka dalam masa terdekat.

Sementara itu, Agensi penarafan antarabangsa, Fitch Rating pada Khamis melaporkan gempa yang memusnahkan Turkiye dan Syria itu boleh menyebabkan kerugian ekonomi bernilai lebih $4 bilion. -AFP

(Seorang lelaki membawa mayat mangsa gempa bumi yang merupakan seorang kanak-kanak
di Aleppo, Syria pada 7 Februari 2023/AFP)

 

Media Baharu