(Kereta elektrik (EV) Nissan Motor Max-Out dipamerkan di bilik pameran
di Yokohama/AFP)
TOKYO, 9 Februari- Syarikat automotif gergasi Jepun, Nissan mengekalkan jangkaan keuntungan tahun ke tahun, meskipun berdepan gangguan kekurangan cip dan COVID-19 yang akan menjejaskan jumlah jualan.
Kekangan itu akan diselesaikan Nissan menerusi tata kelola kewangan yang ketat.
Syarikat tersebut memaklumkan telah memotong 8% daripada jumlah sasaran jualan kepada 3.4 juta unit kenderaan.
Keuntungan yang bakal dijana itu dijangka mencecah 155 bilion yen ($1.2 billion) dengan keadaan matawang tidak menentu serta kenaikan kos.
Ketua Pegawai Operasinya, Ashwani Gupta berkata, pemotongan sasaran melibatkan beberapa sektor pasaran terutama China dan Amerika Utara.
Beliau optimis keuntungan dapat dihasil berdasarkan keadaan semasa yang menyaksikan pasaran kembali pulih. -AFP
(Foto AFP)