KHAN YOUNIS, 5 Ogos – Ribuan penduduk Palestin berkumpul mengerumuni lori-lori bantuan di Khan Younis, Gaza, pada Isnin untuk mendapatkan keperluan asas yang amat diperlukan.
Menurut pegawai Palestin dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Gaza memerlukan sekurang-kurangnya 600 lori bantuan memasuki wilayah itu setiap hari bagi memenuhi keperluan kemanusiaan.
Penghantaran bantuan makanan ke Gaza dilakukan secara berperingkat melalui sektor perdagangan tempatan.
Antara barangan yang dibenarkan masuk ke Gaza termasuk makanan asas, makanan bayi, buah-buahan, sayur-sayuran serta keperluan mandian.
Hamas dalam satu kenyataan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Palang Merah bagi menyalurkan bantuan kepada tebusan yang ditahan.
Kenyataan itu juga menuntut agar koridor kemanusiaan dibuka secara kekal dan menghentikan serangan udara sepanjang proses pengagihan bantuan dilakukan.
Konflik berdarah itu bermula pada 7 Oktober 2023 apabila Israel melancarkan serangan ke Palestin.
Sejak itu, serangan yang dilakukan rejim Zionis Israel telah mengorbankan lebih 60,000 rakyat Palestin.- REUTERS